Peluang hamil secara Moden
Atasi aecara moden
Sekiranya mengesyaki anda dan pasangan berhadapan masaalah dengan kesuburan, segeralah bertindak. Dapatkan rawatan daripada pakar perunding kesuburan. "demikian nasihat daripada Dr. Hj Mohd Nazri Hj Yazid, Pakar Perunding kesuburan, Perbidanan dan Ginekologi di KPJ Selangor Specialist Hospital.
Dari sudut perubatan, pasangan dikatakan mengalami masaalah ketidaksuburan seandainya belum hamil selepas setahun berkahwin. Pada masa yang sama melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu dan dilakukan secara normal tanpa menggunakan sebarang alat kontraseptif. Ketidaksuburan terbahagi kepada 2 iaitu utama (pasangan baru berkahwin) dan sekunder (pasangan yang telah hamil sebelumnya) dalam tempoh 1 tahun selepas malunaskan syarat yang di nyatakan di atas.
Untuk hamil, wanita misti mempunyai kilang telur (Ovari) yang berfungsi mengeluarkan benih wanita (Ovum) dan mempunyai tiub fallopio bagi mengeluarkan benih lelaki (Sperma) dan ovum. Pada masa yang sama, dia memerlukan rahim dan pangkal rahim yang normal. Sama juga halnya dengan lelaki. Sperma misti normal dan tiada masaalah eraksi. Apa yang penting hubungan kelamin mesti berlaku sewaktu hari subur.
MASALAH
Di pihak lelaki, masalah biasanya berpunca daripada sperma tidak normal sama ada rupa bentuk fizikalnya atau kuantiti sperma berkurangan atau tiada langsug sperma (azospermia) atau/dan sperma tidak bergerak aktif/tidak bergerak langsung/mati.
Di era moden, masalah ereksi menjadi faktor peyumbang kepada masalah kedidaksuburan. Ia mungkin berpunca sama ada daripada segi psikologi, penyakit kronik (diabetes, multiple sclerosis), Kecedaraan (kemalangan di kemaluan, pinggang dan tulang belakang) dan kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu untuk merawat penyakit kronik seperti darah tinggi, Gastrik, dan lain-lain.
Factor-factor ini dikenalpasti kesan daripada amalan Minum arak dan merokok; pendedahan kepada radio aktif atau kemoterapi; masaalah genetic seperti kromosom abnormal, penyalahgunaan steroid (anabolic steroid) yang boleh mematikan sel-sel kilang buah zakar (Testis). Ada juga pekerjaan yang boleh merosakkan kualiti dan kuantiti sperma seperti membabitkan bahan kimia, racun serangga, x-Ray atau berhampiran dengan sumber API.
Selain itu, jangkitan Kuman pada alat kelamin disebabkan Oleh seks rambang mengakibatkan penyakit kelamin (STD) seperti siflis, gonorea, herpis dan lain-lain yang boleh menyebabkan saluran alat kelamin seperti vas deferan tersumbat. Sehubungan itu, beguk yang di alami sewaktu kecik dan pada masa yang sama terkena jangkitan alat kelamin (mumps orchitis) pun Bakal menghadapi masaalah untuk mendapat zuriat apabila dewasa.
Bagi wanita pula, masaalah lazimnya disebabkan Oleh benih yang tidak keluar (Tiada ovulasi). Ini mungkin di sebabkan Oleh tekanan, PCOS (polycystic ovari), ketumbuhan pada otak (pituitary adenoma), endometriosis, tiriod, obesiti dan menopaus pramatang. Masaalah lain yang kerap berlaku pada wanita Adalah masaalah tiub fallopio tersumbat atau rosak. Lazimnya ini adalah kesah daripada penyakit endometriosis dan penyakit radang pelvis (PID). Endometriosis adalah penyakit yang biasa berlaku pada wanita. PID kebiasaannya disebabkan STD dan Ada juga yang disebabkan jangkitan Kuman pada apendiks yang pecah (perforated appendix).
Selain itu, masalah ketidaksuburan turut berlaku akibat kesukaran embroiled untuk melekat pada dinding Rahim. Hal ini berlaku jika wujudnya ketumbuhan seperti fibroid, endometrial polyp atau Rahim yang tidak normal seperti bicornuate (Rahim berbentuk hati kesan masalah genetic). Antara lain, wanita Mengalami masalah pada Farah dan pangkal Rahim. Berkemungkinan pangkal Rahim mengeluarkan cucair yang mengandungi antibodi yang boleh membunuh sperma.
Ulasan
Catat Ulasan