Langkau ke kandungan utama

Badan berbau dan cara mengatasi nya!



"Saya dah cuba macam-macam jenis product tapi badan saya tetap berbau."

"Walaupun dah mandi berkali-kali, badan saya tetap berpeluh dan berbau"

Bait-bait kata perbualan di atas selalu terjadi kat sekeliling kita kan. Mesti kita sebagai lelaki dan perempuan risau dengan masaalah itu, iaitu masaalah badan berbau. Lebih memalukan, ia akan mengganggu orang lain. Antara bahagian badan yang sering mengalami masaalah berbau ni adalah sekitar ketiak, mulut dan kaki....eeeeuuuu.....busuk kan....haishh....boleh penin kepala di buatnya...

Hakikatnya semua orang ada bau badan yang tersendiri, kerana ia bergantung kepada proses berpeluh. Berpeluh adalah sebahagian dari proses tubuh kita, dan kita mistilah faham kenapa tubuh perlu berpeluh.

*Tahukah korang macam mana peluh terjadi dan seterusnya mengeluarkan bau badan yang kurang sedap?

» Berpeluh adalah sebahagian daribproses tubuh kita, dan kita haruslah faham mengapa tubuh perlu berpeluh«

Peluh dihasilkan oleh dua kelenjar iaitu kelenjar eccrine dan Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selainmembuang sisa-sisa perkumuhan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Kelenjar Apocrine pula ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protin dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

PUNCA-PUNCA TERJADINYA BAU BADAN

1.  Faktor Genetik

2. Cuaca

3. Bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses percernaan tidak sempurna.

4. Pemakanan (Minuman berkafein dan Makan makanan berempah)

ANTARA LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENCEGAH MASAALAH BAU BADAN. ANTARANYA :

● Kerap mandi dan memakai haruman pada badan seperti pewangi dan deodorant

● Pilih pakaian dari fabrik kain kapas

● Hentikan amalan merokok

● Kurangkan pegambilan makanan yang berkefein tinggi dan berempah.

selain itu, terdapat juga beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan bagi mengatasi masaalah bau badan ini antaranya ;

CARA 1
*DAUN SIREH

» Daun sirih bukan saja bertindak sebagai antiseptik malah juga megandungi zat aktif yang membantu menghilangkan bau badan terutamanya jika ia disebabkan oleh bakteria. Sediakan lima Helai daun sirih dan rendamkan ke dalam satu teko air panas. Biarkan sejuk. Amalkan minum air rendaman daun sirih itu untuk mengatasi masaalah badan berbau. Boleh tambahkan dengan sedikit gula jika mau.

cara 2
*SERAI, DAUN JAMBU, DAUN LENGKUAS, DAN DAUN PANDAN

» Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkanmandian ini 3 kali seminggu.

Cara 3
*TIMUN

» Timun juga boleh di gunakan sebagai altenatif menghindar bau badan. caranya cukup mudah. Potong sebiji timun kepada beberapa kepingan yang nipis. Semasa mandi, gosokkan kepingan timun tadi pada seluruh badan selama beberapa minit sebelum di bilis bersih.

Cara 4
*TEMULAWAK

» Temulawak boleh digunakan untuk mencegah bau badan. Parut temulawak dan tapis untuk mendapatkan airnya. Minum air tersebut yang di campurkan dengan sedikit madu. Temulawak yang telah di parut jangan pulak di buang. Sapukan ia pada seluruh tubuh seperti lulur. Biarkan kering sebelum dibilas bersih.

Cara 5
*BUNGA CENGKIH

» Remdam beberapa kuntum bunga cengkih di dalam secawan air panas hingga kembang. Kemudian minum air tersebut. Jadikan amalan untuk mengelakkan masaalah badan berbau.

Sekiranya korang malas nak buat semua di atas...SHAKLEE dapat membantu korang dengan VITAMIN SHAKLEE ALFALFA COMPLEX, macam mana affalfa complex bertindak?boleh ke alfalfa complex membantu masaalah bau badan korang?


kelebihan Alfalfa Complex ialah;

- Membatu sistem percernaan dengan baik

- Membantu membuang toksin di dalam badan

-  Membantu para perokok agar mulutnya tidak berbau, dalam masa yang sama perokok jadi kurang meroko.

- Tiada lagi masaalah sembelit ataw tidak membuang.

Inginkan tahu Lebih lanjut berkenaan alfalfa...boleh belek2 blog saya berkenaan Alfalfa Complex.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerap Kencing? | Atasi dengan vitamin shaklee

Masalah pundi kencing meragam jarang berlaku dan simptomnya tidak sama untuk dibandingkan dengan mana-mana individu. Jadi pengalaman anda membuang air kecil sebanyak lima kali dalam satu jam tidak boleh digunakan sebagai ukuran. Jika anda kerap kencing jangan biarkan. Cepatlah buat pemeriksaan doktor. Anda perlu tahu, pundi kencing kita mampu menyimpan satu liter air kencing dalam satu-satu masa. Kita jarang menggunakan daya pundi kencing dan kita hanya buang air kecil apabila terasa untuk melakukannya. Jika kita melambatkan pembuangan air kecil, pundi kencing masih mampu menahannya tetapi ia akan membuatkan pundi kencing tidak kempis sehabis-habisnya ketika kita membuang air kecil. Kerap kencing yang LOL maksudkan ialah apabila anda sudah membuang air kecil, kita akan terasa seperti hendak membuang air kecil kembali walaupun ia baru saja dilakukan. Kerap Kencing Adalah Irritable Bladder Syndrome. Situasi kerap kencing ini juga dikenali se...

Tips Kesuburan Lelaki

Buah betik tingkatkan kesuburan Buah betik yang kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan Kesuburan sperma. Ketahuilah bahawa kekurangan VITAMIN C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Megambil sebanyak 500 milligram VITAMIN C setiap hari penting bagi lelaki dewasa. Kepada perokok, sila Berhenti Merokok Merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur. Banyak pegambilan ZINK ZINK dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walau bagaimanapun jumlah ZINK yang diambil janganlah melebihi 30mg Sehari. Makanan sumber ZINK ialah daging merah, bijirin dan kekacang,  makanan laut dan produk tenusu. Pakai seluar longgar Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu men...

Set Resdung

Set Resdung terdiri daripada 3 jenis vitamin, Vita C, B Complex dan Alfalfa Complex. AHLI SHAKLEE MOBILE: 0173063092 Contact: zila FB Page: www.facebook.com/Hazila.vitashop