
Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita.
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.
Jenis-jenis Kanser Payudara
* Ductal karsinoma
* Bak Lobul karsinoma
* Kanser radang payudara
* Karsinoma medulari
* Koloid karsinoma
* Papilari karsinoma
* Metaplastic karsinoma
Periksa Payudara Sendiri
Pemeriksaan payudara diri sendiri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor. Antara perubahan itu ialah :
- Kulit menjadi kasar,
- Wujud nodus (benjol keras),
- Penterbalikan puting atau kulit,
- Kulit berkedut dan menjadi merah,
- Keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.
“Ujian pemeriksaan barah dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi penyakit barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.
Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Cara pemeriksaan sendiri
1. Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
2. Berbaring
Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
atau ikut gambarajah di bawah :
Kaedah dan Pilihan Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.
Terdapat juga rawatan alternatif seperti makan supplemen seperti :
Vita-Lea Shaklee, Mengandugi kesemua vitamin dan mineral yang di perlukan.
Vitamin C Shaklee, Dos vitamin C yang lebih tinggi membantu mempercepatkan proses pemulihan.
B Complex Shaklee, Sangat penting untuk penghasilan sel darah merah.
Nutriferon Shaklee, Mengalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasillan lebih banyak sel imun.
Ada juga yang menggunakan homoeopathy sebagai rawatan alternatif.
Ulasan
Catat Ulasan