Langkau ke kandungan utama

Kurung Adik Dalam Jamban!

DALAM KENANGN....BERSAMA MEREKA

Dia ayah tiri, sungguh pun die seorang yang grang..dia  jaga aku dan membesarkan aku, Alhamdullah Dia garang, kepala agin tapi hati nya Mulia, dia sayangkan budak-budak dan pergi nya sungguh tenang...aku ingat lagi masa memula aku datang jumpa dia, di memang x tunjuk kasih sayang pun...iye lah dia kan garang..aku pun x takut dan aku buat la hal sendiri, sampai la mak aku ngandungkan adik aku Nine, Dia terlalu sayangkan "Manje" (nama timang2gan nine)...hahahahha...lawak pun ada...aku paling banyak kenangan dengan Manje...ok la...dulu mmg aku x suka manje...sebab dia selalu susah kan hidup aku, aku langsung xde life...zaman kanak2 aku habis sebab jaga si Manje tu lah! pernah satu hari tu dia kacau aku nak buang air, Di ketuk-ketuknya pintu jamban...geram..aku suruh die masuk dalam jamban tu...aku suruh dia duduk diam2 dalam jamban tu, aku siap pesan jagan sahut kalau orang panggil...aku pun keluar dari jamban, aku amek kayu besar halang pintu jamban tu dr terbukak..( dia mana reti nk kunci jamban..dia budak kecik lagi dalam umo 5 tahun kut..aku pun x ingat dah )..lepas tu aku balik rumah dengan selambe....(jamban dengan umah agak jauh) aku buat tak tahu je la...dah lama dalam setengah jam kut mak aku tanya mana manje? aku jawap aku x tahu..aku dengan mak aku tak macam aku dengan mak org lain...sepatah mak aku tanya aku jawap setengah patah..kadang2 aku x jawap langsung..ngee....sambung balik cite manje tadi....lepas tu mak aku pegi tanya abah aku..nampak ke manje..mane dia pegi...dari tadi tak nampak2 katanya...ape lagi..orang tua tu kelam kelibut la...cari kat tepi jalan, dalam parit, aku boleh lepak je sambil senyum2...masa tu aku x pikir ape2 pun..aku pikir Padan MUKa anak hilang..hahahahahahahahah,.lama2 mende jadi serius..sebab abah aku jerit kuat2 panggil manje...yang si manje pulak memang la si bendul...Dia boleh diam dah dengar kut org panggil.sebab ikut cakap aku soh dia diam tadi tu la....lepas tu mak aku tanya lagi mana manje...aku ckp dalam jamban..mak aku pun belari la pegi ke jamban....die punya ketor sbb tegok pintu jamban tu betindih dengan kayu....bukak pintu dia jumpe la anak sayang dia tu...budak tu rilek je main air sampai kembang2 tangan...adoila....yang aku kena tanggung Penampar Abah sampai nak pekak telingan aku...terduduk la aku kat atas tudung saji yang ada lelauk di bawah nya....(mak aku baru siap hidang nak makan tengah hari)...hambik..pekak telingan sehari..akibat kurung manje dalam jamban!...ini salah satu cerita yang aku paling ingat pasal Manje, banyak kenangan tapi biar lah iya tetap menjadi kenangn.

Mak, Nome, Dook, Manje

Bagi aku kenangn dulu sungguh indah walau pun berkali basikal aku kena bakar dengan abah, itu semua kenangn, aku dulu pun berantu nakal nya...aku pernah langgar anak sedara aku dengan basikal sampai bedarah kaki, aku pernah tikam kawan aku kat skolah pakai pensil tajam...hahhah...kalau nak ingat kenakalan aku dulu2 memang x boleh salahkan anak aku jika anak aku pun mcm tu jugak...oh ye....lepas manje ada lagi dua orang adik...si main dengn si nome...ngn nome lagi la..aku selalu gaduh dengan dia...kalau si dook..,sangat manje dulu2...aku inag lagi dia sampai demam2 rindu kat aku sbb aku lama x balik..banyak kenangn...tapi x semua boleh ingat. Abah dulu selalu bawak aku pg kedai..kadang2 sampai malu xnak ikut... 

Sampai hari ni aku x boleh balas pegorbanan Abah...dia berusaha buat rumah untuk kenduri aku kawen dulu, dia buat yang terbaik untuk aku, tapi aku x sempat nak membalas nya, Setiap hari aku berdoa supaya di panjang kan umur kedua orang tua aku agar aku dapat membalas jasa mereka, tapi Allah lebih Sayang kan dia. Pergi nya dia..meninggalkan seribu kenangan pada kami sekeluarga.... Al-Fatihah..Semoga Abah tenang di sana... Amin

Kami tetap Sayang Abah


Keluarga Mentua Saya

AYAH........ayah walau pun ayah mertua, tapi x pernah angap dia ayah mentua...dia macam ayah sendiri, Ayah seorang tabah dan sangat sabar dan sangat penyanyang dan sangat setia orang nya, Dia di beri ujian oleh Allah dan dia tetima ujian tu dengan Tabah dan Redho.

Baru-baru ni kami sambut Birthday dia...nampak kegembiraan pada wajah nya apabila nak2 nya berkumpul meraikan nya...tapi jauh di sudut hati dia rindukan Mak..,. dia sorok tapi kadang2 sekilas akan ternampak juga kerinduan dia pada Arwah Mak, dia sangat sayang pada mak..sangat sangat sangat sangat sangat sayang pada Arwah mak. 



Hari tu sambut birthday ayah kat One City, Puchong, hahahahah..kemain semua seronok makan kat I Prefer Original, makan sedap, order cepat sampai, lepas makan memasing nak nek atas nak tengok pemandagan dari atas bangunan...ada yang gayat ada yang stedy..hahah..lawak la kome


kami satu famili aku dan keluarga suami aku

kak ipo, adik ipo dan biras
selagi kita ada keluarga,,,selagi tu lah kita menghargai keluarga kita, tak kira lah keluarga sendiri atau keluarga mentua....mereka tetap keluarga kita...Sayangi lah Keluarga Anda....


PESAN IBU TENTANG AYAH

● Anakku,
Memang ayah tak mengandungkan mu,
Tapi ... Darahnya mengalir di dalam darahmu.
Nama nya diwarisi bersama nama mu.

● Anakku,
Memang ayah tak melahirkanmu,
Tapi ... Suaranya lah yang pertama menyebut nama Allah ke telinga mu ketika kau lahir.

● Anakku,
Memang ayah tak menyusu kan mu,
Tapi ... Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi
darah daging mu.

● Anakku,
Ayah memang tak menjaga mu setiap saat,
Tapi ... Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa
menyebut nama mu.

● Anakku,
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar,
kerana ... Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk
berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau resah
dan gundah.

● Ayaaaaaahhhh !!!!
Jika ayah mu masih ada, peluk lah ayahmu walau pun mungkin pelukannya tak sehangat dan seerat ibu.

● Anakku,
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat, agar ketika
kami telah tiada, kau boleh menghadapi hidup dan ranjau dunia ini sendiri.

● Anakku,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu ... dari dirinya juga terdapat syurga bagimu, hormati dan sayangi ayahmu, kerana ibu adalah dari tulang rusuk-nya

● Anakku,
Jauh dilubok hatinya dia ingin kamu menjadi insan mulia di sisi Allah, menjadi penolong di Mahsyar, menjadi hijab buat dirinya dari azab api neraka. Jangan disebabkan kamu ayah diseksa di neraka sana.

● Apabila kamu telah dewasa, di penghujung hayatnya, ayah bersimpuh duduk seusai solat sambil berdoa :
" Ya Allah,  tugasku telah selesai, bahagiakah lah putera puteri kecilku bersama pasangannya ".

● Setelah kau berkeluarga,  ayah akan menunggu
kedatangan mu bersama cucu-cucunya ... yang sesekali datang menjenguk di teratak buruknya.

● Anakku,
Di usia tua nya ....
Kau kunjungi dia, tatap wajah nya,
Tanya kan lah khabar dirinya,
Tanya kan lah makan minum nya,
Tanya kan lah keadaan kesihatannya,
Ubat lah rindu nya.

● Anakku,
Jika ayah telah tiada,
Titip kan doa untuknya,
Kirimkan ayat suci kepadanya,
Agar dia tenang di alam sana.

● Ya Allah .... ampunkan dosa ayahku !!!!

Copy Paste

Ulasan

  1. Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron
    Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning 2016 ford focus titanium Iron Spinning Iron Spinning Iron used ford fusion titanium Spinning Iron Spinning Iron Spinning titanium nose hoop Iron Spinning Iron titanium pots and pans Spinning titanium ion color Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron Spinning Iron

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerap Kencing? | Atasi dengan vitamin shaklee

Masalah pundi kencing meragam jarang berlaku dan simptomnya tidak sama untuk dibandingkan dengan mana-mana individu. Jadi pengalaman anda membuang air kecil sebanyak lima kali dalam satu jam tidak boleh digunakan sebagai ukuran. Jika anda kerap kencing jangan biarkan. Cepatlah buat pemeriksaan doktor. Anda perlu tahu, pundi kencing kita mampu menyimpan satu liter air kencing dalam satu-satu masa. Kita jarang menggunakan daya pundi kencing dan kita hanya buang air kecil apabila terasa untuk melakukannya. Jika kita melambatkan pembuangan air kecil, pundi kencing masih mampu menahannya tetapi ia akan membuatkan pundi kencing tidak kempis sehabis-habisnya ketika kita membuang air kecil. Kerap kencing yang LOL maksudkan ialah apabila anda sudah membuang air kecil, kita akan terasa seperti hendak membuang air kecil kembali walaupun ia baru saja dilakukan. Kerap Kencing Adalah Irritable Bladder Syndrome. Situasi kerap kencing ini juga dikenali se...

Tips Kesuburan Lelaki

Buah betik tingkatkan kesuburan Buah betik yang kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan Kesuburan sperma. Ketahuilah bahawa kekurangan VITAMIN C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Megambil sebanyak 500 milligram VITAMIN C setiap hari penting bagi lelaki dewasa. Kepada perokok, sila Berhenti Merokok Merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur. Banyak pegambilan ZINK ZINK dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walau bagaimanapun jumlah ZINK yang diambil janganlah melebihi 30mg Sehari. Makanan sumber ZINK ialah daging merah, bijirin dan kekacang,  makanan laut dan produk tenusu. Pakai seluar longgar Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu men...

Set Resdung

Set Resdung terdiri daripada 3 jenis vitamin, Vita C, B Complex dan Alfalfa Complex. AHLI SHAKLEE MOBILE: 0173063092 Contact: zila FB Page: www.facebook.com/Hazila.vitashop